Salam Ramadhan...
Alhamdulillah...hari ni hari kedua di bulan Ramadhan, aku bersyukur dapat menjalani ibadat ini utk hari kedua.....
Sayu hati....
Sayu hati mengenangkan keluarga di kampung. Ya Allah, kuatkan semangatku. Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Menguji kesabaran manusia dari setiap segi. Bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga malahan bersabar dengan sedikit ujian kecil dari Allah swt. Kesabaran teruji bila perut mula menyanyi riang minta diisi, emosi mula dilanda badai ketidakstabilan. Mampukah kita....????
Kenapa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini kita lupa tentang sesuatu. Mungkin kita hanya ingat bersabar menahan lapar dan dahaga tetapi tidak kepada ujian-ujian itu?
EMOSI
Emosi mudah terganggu disaat-saat genting begini. Orang cakap bila bulan puasa je, jadi cepat marah. Kenapa mesti macam tu. Bukankah kita diuji sejauhmana kesabaran kita menghadapi semua ni? Wajarkah disebabkan kita berpuasa terus menerus kita nak beremosi?
Itu satu ujian dari Allah swt, agar umat manusia bersabar. Bersabar adalah lebih baik dari terburu-buru. Cuba untuk mengawal emosi lebih baik dari terus melayan nafsu kemarahan. Ingatlah, di bulan Ramadhan ini, kita perlu bersabar. Terlalu banyak ujian untuk kita.
Bukan saja di bulan Ramadhan kita hendak bersabar, di bulan-bulan lain juga begitu. latihlah diri untuk bersabar. Walaupun kita diuji dengan sebesar-besar ujian namun kesabaran itu penting.
Ya Allah...
berikan aku kekuatan untuk menjalani semua ujianMu ini. berikan aku kesabaran. amin...
No comments:
Post a Comment