hari ni cik zaty dh update sumting yg berilmiah sket....heeee~
berkaitan BENCANA ALAM...
sedarkah kite..semakin hari..semakin banyak bencana alam berlaku....kite dikejutkan dgn gempa bumi dan seterusnya menyebabkan tsunami di Jepun....kemudian bencana alam berterusan berlaku di Myanmar..gempa bumi lagi....hari ni...di Sabah, hujan peringkat kuning...berkemungkinan kawasan rendah akan mengalami banjir...hmmmm....sedarkah kite..?? kenapa bencana alam seperti ini berlaku..??
adakah berpunca dari kesan semula jadi? ataupun dek kesan daripada kegiatan manusia..??
bersama2 kite renungkan....dan adakah ini merupakan tanda2 kecil kiamat? Subahanallah....
1. GEMPA BUMI
- satu kejadian gegaran kerak bumi akibat daripada perlepasan tenaga dari dalam bumi secara tiba-tiba. Perlepasan tenaga ini berlaku akibat pergerakan plat2 tektonik yang boleh terjadi secara pertembungan, pencapahan dan perselisihan antara satu sama lain.
- apabila plat tektonik bergerak, maka tenaga yang selama ini tersimpan akan dilepaskan secara tiba2 sehingga menggegarkan lapisan kerak bumi.
- akibat gegaran akan mengeluarkan gelombang yang dikenali sebagai 'gelombang seismik'. Gelombang ini berbentuk bulatan bermula dari pusat gempa membesar dan tersebar ke semua arah.
2. TSUNAMI
- merupakan proses fizikal yang berlaku selepas gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut. Ia mengambil masa beberapa minit ke beberapa jam selepas berlakunya gempa bumi.
- akibat gempa bumi di dasar laut, tenaga dalam bentuk gelombang seismik akan dilepaskan oleh lapisan kerak bumi yang terlibat. Tenaga ini dengan cepat akan dipindahkan ke air laut menyebabkan wujudnya gelombang yang besar.
- gelombang tersebut bergerak menuju ke panai dan semakin perlahan akibat geseran dengan dasar laut yang semakin cetek di bahagian pinggir pantai. Walaupun kawasan pantai yang cetek memperlahankan kelajuan tsunami tetapi telah meningkatkan ketinggian ombak iaitu menjadi semakin besar apabila menghampiri pantai.
----------------WILL BE CONTINUED-----------------


No comments:
Post a Comment